RAHSIA KECERDASAN YAHUDI....

Aku sangat tertarik dengan sebuah artikel yang dikirimkan ke dalam e-mail aku melalui remaja_masjid@yahoogroups.com oleh seorang yang dikenali sebagai Azek... Aku ingin berkongsi bersama... Artikel nie daripada Dr. Stephen Carr Leon dan beliau menulis daripada pengamatannya setelah berada selama 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana... Tajuk yang menjadi bahan tesisnya ialah, " Mengapa Yahudi Pintar dan Bijak?"

Ikutilah ceritanya....

Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980, Stephen sedang
menghitung hari untuk pulang ke California, terlintas di fikirannya, apa sebabnya Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau hasil usaha sendiri?

Maka Stephen tergerak membuat tesis untuk Phd-nya. Sekadar untuk Anda ketahui, tesis ini memakan waktu hampir lapan tahun kerana dia perlu mengumpulkan data-data setepat mungkin...

Persiapan awal
sebelum melahirkan anak...

Di Israel, setelah mengetahui seorang ibu sedang mengandung, ibu itu akan selalu menyanyi dan bermain piano. Ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan soal bersama... Stephen sungguh hairan kerana temannya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepadanya tentang beberapa soalan yang tak dapat di selesaikan... Kebetulan Stephen suka matematik... Stephen bertanya kepada kawannya, "Apakah ini untuk anak kamu?" Dia menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih di kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga dia menjadi genius." Hal ini membuat Stephen tertarik untuk mengikut terus perkembangannya. Kembali ke matematik tadi, tanpa merasa penat ibu itu mengerjakan latihan matematiknya sampai genap melahirkan anak...

Hal lain yang Stephen perhatikan adalah cara pemakanan...

Sejak awal mengandung ibu itu suka sekali makan kacang badam dan kurma bersama susu... Tengah hari makanan utamanya adalah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang dicampur dengan badam dan berbagai jenis kekacang... Menurut wanita Yahudi itu, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan... Ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan telah menjadi suatu kewajiban untuk ibu yang sedang mengandung makan pil minyak ikan.

Ketika diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi...

Stephen menceritakan, "Perhatian utama saya adalah menu mereka... Pada setiap undangan yang sama saya perhatikan, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)," katanya... Biasanya kalau sudah ada ikan, tidak ada daging... Ikan dan daging tidak akan ada bersama di satu meja... Menurut keluarga Yahudi, campuran daging dan ikan tak bagus dimakan bersama... Salad dan kacang perlu ada terutamanya kacang badam... Mereka akan makan buah buahan dahulu sebelum hidangan utama... Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk... Akibatnya lemah dan susah untuk memahami pelajaran di sekolah...

Di Israel, MEROKOK TIDAK DIBENARKAN... Apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok... Jika tidak, anda akan di minta keluar dari rumah mereka dan menghisapnya di luar rumah... Menurut Ilmuwan di Universiti Israel, penelitian menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada
otak manusia dan akan melekat pada gen. Maksudnya, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh)... Suatu penemuan daripada saintis gen dan DNA Israel...

Perhatian seterusnya adalah
mengunjungi anak-anak Yahudi...

Mereka sangat memerhatikan makanan yang mereka makan... Makanan awal adalah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Dalam pengamatan Stephen, Anak-anak Yahudi sungguh cerdas... Kebanyakkan mereka memahami tiga bahasa iaitu Hebrew, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris... Sejak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan biola... Ini adalah suatu kewajiban bagi mereka... Menurut mereka bermain muzik dan memahami not dapat meningkatkan IQ... Hal ini akan membuatkan mereka menjadi lebih pintar... Menurut Saintis Yahudi, hentakan musik dapat merangsang otak...Tidak hairanlah banyak pakar muzik dari kaum Yahudi...

Seterusnya di kelas 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berlandaskan perniagaan... Pelajaran IPA sangat diutamakan... Segala pelajaran dengan mudah dapat di tangkap oleh anak Yahudi... Selain dari pelajaran, Olahraga juga menjadi kewajiban bagi mereka... Olahraga yang diutamakan adalah seperti memanah, menembak dan berlari... Menurut rakannya, memanah dan menembak dapat melatih otak supaya fokus... Di samping itu, menembak juga sebahagian daripada persiapan mereka untuk membela
negara...

Seterusnya perhatian Stephen ke
Sekolah Tinggi (Menengah)...

Di sini murid-murid ditekankan dengan Pelajaran Sains... Mereka didorong untuk mencipta sesuatu produk... Walaupun kadangkala projek mereka kelihatan lucu, tetapi diteliti dengan serius... Apa lagi kalau yang diteliti itu adalah senjata, perubatan dan teknik... Idea mereka itu akan di bawa ke peringkat yang lebih tinggi... Satu lagi yang diberi keutamaan ialah Fakulti Ekonomi... Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan serius ketika belajar ekonomi... Di akhir tahun di Universiti, mahasiswa diharuskan mengerjakan projek... Mereka perlu mempraktikkannya... Mereka hanya akan lulus jika kumpulan mereka (10 orang pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US I juta... Anda terperanjat? Itulah kenyataannya...

Kesimpulan yang kita dapat dalam artikel ini ialah
melahirkan anak dan keturunan yang cerdas adalah satu keharusan... Tentunya perkara ini tidak boleh di selesaikan dalam masa sehari... Ia memerlukan tempoh masa yang amat panjang....

Jadi, renung2kanlah...


SaRaNghYe ;-)

0 0712 suka k0men bl0g h0neyz:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT@SEGALA YG TERCATAT DI ATAS ADALAH HAK MILIK MISZ HONEYZ