CONTEST KM : Header Simple Tp Menarik!

Assalamualaikum...
hYe!
ari nir h0neyz nak j0in c0ntest fr0m 

♥ Kilauan Marjan 



due date : 4th April 2011


nak tgk header h0neyz yg simple 'n' xtaw lah menarik ke x??...
j0m...
tgk bwh nie...


::: nie header h0neyz :::


h0neyz nak tag:-
Haiza
Ain
Aen
Atin
Nana



SaRaNghYe ;-)

10 Petanda yang Menunjukkan DIA adalah Jodoh Kita


Assalamualaikum...
hYe readers...
h0neyz nak berk0ngsi artikel ngn k0rang...
credit fr0m


www.iluvislam.com


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" 
(Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa.
Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
 Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.
Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon.
Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.
Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita.
Semakin hari semakin sayang kepadanya.
Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
 Dia juga merasainya.
Rasa senang sekali apabila bersama.
Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
 Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.
Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
 Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya.
Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama.
 Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
 Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan.
 Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. 
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. 
Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. 
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
 Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita.
 Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. 
Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. 
Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
 Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? 
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
 Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. 
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. 
Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. 
Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. 
Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. 
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. 
Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. 
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. 
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
 Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya.
 Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. 
Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. 
Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. 
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu.
 Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. 
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. 
Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. 
Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. 
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. 
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. 
Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. 
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. 
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. 
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. 
Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. 
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. 
Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. 
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. 
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. 
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. 
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? 
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. 
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. 
Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. 
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
 Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. 
Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. 
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. 
Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. 
Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


SaRaNghYe ;-)

Misz h0neyz 1st Giveaway


Assalamualaikum...
hYe bl0ggers!!
 h0neyz nak wat GA...
what???...
GIVEAWAY??...
yes my dear...
h0neyz nak wat GA...
hehehe...
this is my 1st GA taw...
h0pefully, k0rang sudi j0inlah eyh...
;-)

Photobucket

Syarat2nya tersangatlah mudah...
k0rang mst senang pnya nak j0in...
meh...
kter tgk syarat2nya eyh...

* As usual, sila f0ll0w bl0g miSz h0neyz niebl0g ini...
[untuk sesaper yg bel0m jdik f0ll0wer h0neyz yea..]

* Tajuk entry k0rang ialah " Misz h0neyz 1st Giveaway"
[mst letak tajuk entry nie taw...]

* Letak BANNER kat atas tue dlm ENTRI & SIDEBAR KORANG sekali yea...
[ jgn lupa backlinknya skali yea kngkwn...]

* Tag sekurang-kurangnya 2 0wg...
[Pastikan dy0rg taw...]

* Finally, Tinggalkan ID FOLLOWER, ID FACEBOOK, dan LINK ENTRY kat cni...
[ Klau xde faceb0ok, xperlu letak ID Faceb0ok...]

* GA INI AKAN DITUTUP PADA 25th May 2011

21st May 2011[11:59p.m]

TAMAT

DAN 

YANG PALING SPECIAL....


My bel0ved m0m yg akan membuat cabutan... ;-)


KeNaPa Mak hONeYz yea??..


bc0z....

 this GA is dedicate t0 my m0m...
 f0r the m0nth of Mother's Day...


HaPpY m0theR's Day!!..


Thanks 4 being such a great m0m 4 us...

LuRve y0u, m0m...

mmmuuuaaahhhhh...!!!
;-)








SaRaNghYe ;-)

Andainya engkau tahu,saYaNgku...

Assalamualaikum...
hYe readers!
ari nie h0neyz nak share lg satu artikel yg sangat menarik...
h0neyz baca artikel nie kat FB...
artikel fr0m 

Eiyra Ahmad...

Thanks ya!
h0neyz ske sgt...
kalau xcaya,cubalah baca...
mst k0rang setuju ngan h0neyz...
;-)

♥♥ Andainya Lelaki Tahu ♥♥ 






Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya...

Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu...

Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, 
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, 
mereka jarang bergaduh...
 Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku...

Andainya lelaki tahu...
Apabila perempuan bercakap banyak, 
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat...

Andainya lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
 tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 
bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian...
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, 
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. 
Naluri keibuannya sangat kuat...
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan merajuk,
 jangan kata dia mengada-ngada... 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai...

Andai lelaki tahu....
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, 
dia benar-benar maksudkannya.
 Apabila berjauhan,
 bayanganmu akan sentiasa bermain di mata...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
 jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya... 
Selagi dia dengan kamu, 
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, 
kamu tetap yang terbaik...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya... 
Percayalah, 
hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, 
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata, 
“tolong tinggalkan saya!”, 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
 Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 
Apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari anda semula... 
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. ..
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan... 
Dia terlalu emosional... 
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda...

Andai lelaki tahu...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri... 
Tetapi 
sekiranya mereka saling memahami,
 mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan... 
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali... 
Di sebalik air matanya, 
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya... 
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
 tapi 
dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya... 



Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 
tetapi 
dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna...

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...
InsyaAllah... :-)



p/s: I dedicate this article to someone who i really miss & l0ve...
mmmuaaahhh!!

♥♥ Lurve y0u dear..♥♥ 

;-)






SaRaNghYe ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT@SEGALA YG TERCATAT DI ATAS ADALAH HAK MILIK MISZ HONEYZ