Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
1) "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu badan dan
kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut...
2) Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain dan kemudiannya mereka
keluar...Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya
dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar...Akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga
sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu..."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:-
3) "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan
menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga...Apabila orang yang beriman itu melihat surga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya...Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail
A.S..."
4) Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap
disebelah kiri...Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan
dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingi nya...Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya...
5) Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu
dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut...Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang mukmin itu dengan berkata:-
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini
sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
6) Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah
S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu...
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain..."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah roh orang mukmin dari arah
tangan...Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,keluarlah usapan
kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu...
7) Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-
anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan..."
8) Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan
maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki...Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki
ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan dengan berjemaah dan kaki ini juga
berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu..."
9) Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki,maka malaikat
maut cuba pula dari arah telinga...Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini
sentiasa mendengar bacaan Al-Quran & zikir..."
10) Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru
saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:"Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini
sentiasa menangis kerana takutkan Allah...
11) "Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:-
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang
yang beriman itu."Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat
Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah
mulut dengan tenang...
12) Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari
jasad...
Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
a- Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin...
b- Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus...
c- Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina...
d- Roh Para Shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka...
e- Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak
di langit sampai hari kiamat...
f- Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik...
g- Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta
jasadnya hingga sampai hari Kiamat..."
13) Telah bersabda Rasullullah S.A.W:-
" Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya:-
a- Orang-orang yang mati syahid...
b- Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan...
c- Orang berpuasa di hari Arafa...
* Jadi, renung2kanlah...Wallahualam...
0 0712 suka k0men bl0g h0neyz:
Post a Comment