Andainya engkau tahu,saYaNgku...

Assalamualaikum...
hYe readers!
ari nie h0neyz nak share lg satu artikel yg sangat menarik...
h0neyz baca artikel nie kat FB...
artikel fr0m 

Eiyra Ahmad...

Thanks ya!
h0neyz ske sgt...
kalau xcaya,cubalah baca...
mst k0rang setuju ngan h0neyz...
;-)

♥♥ Andainya Lelaki Tahu ♥♥ 






Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya...

Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu...

Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, 
itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, 
mereka jarang bergaduh...
 Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku...

Andainya lelaki tahu...
Apabila perempuan bercakap banyak, 
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat...

Andainya lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
 tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 
bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian...
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, 
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. 
Naluri keibuannya sangat kuat...
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan merajuk,
 jangan kata dia mengada-ngada... 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai...

Andai lelaki tahu....
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, 
dia benar-benar maksudkannya.
 Apabila berjauhan,
 bayanganmu akan sentiasa bermain di mata...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
 jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya... 
Selagi dia dengan kamu, 
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, 
kamu tetap yang terbaik...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya... 
Percayalah, 
hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, 
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat...

Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata, 
“tolong tinggalkan saya!”, 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
 Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 
Apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari anda semula... 
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. ..
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan... 
Dia terlalu emosional... 
Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda...

Andai lelaki tahu...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri... 
Tetapi 
sekiranya mereka saling memahami,
 mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan... 
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali... 
Di sebalik air matanya, 
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya... 
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
 tapi 
dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya... 



Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 
tetapi 
dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna...

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...
InsyaAllah... :-)



p/s: I dedicate this article to someone who i really miss & l0ve...
mmmuaaahhh!!

♥♥ Lurve y0u dear..♥♥ 

;-)






SaRaNghYe ;-)

JaNgaN meNcari Terlalu SEMPURNA


hYe!
h0neyz ada satu lg artikel nak k0ngsikan ngn k0rang...
h0neyz ske baca artikel nie...
fr0m
Miss POTATO...
thanks ya!

Jangan Mencari Terlalu SEMPURNA

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. 
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi?
 Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu…… 
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …

itu lebih BERMAKNA !

"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, 
namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"

Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, 
mengenali seseorg itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata… 
sesunguhnya,
 mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.. 
tapi, sedarilah kita… 
mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah…
 biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara…
 bersyukurlah dengan kehadirannya. . .. 
kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. …


p/s : h0neyz bersyukur sgt2 dpt sese0rng yg baik dan menyayangi h0neyz sepenuh hati...
Thank y0u Allah...
;-)




SaRaNghYe ;-)

TauLaDaN yg ditampilKaN oleh Rasullullah s.a.w


Assalamualaikum...
hYe!
Hari nie h0neyz nak share ngn k0rang semua satu artikel yg h0neyz baca...
artikel nie h0neyz dpt dlm e-mail h0neyz...
daripada Mohd Khaidir Abu Talib...
thanks ya!! ;-)




Tauladan yg Ditampilkan oleh Rasulullah s.a.w


 Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Tgklah betapa sayangnya Rasulullah kpd isterinya...
;-)

p/s: hmm...bestkan klau dapat suami yg caring & l0ving... 
ngeee.... ;-)







SaRaNghYe ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT@SEGALA YG TERCATAT DI ATAS ADALAH HAK MILIK MISZ HONEYZ