Showing posts with label m0tivasi. Show all posts
Showing posts with label m0tivasi. Show all posts

Nak Kawen muda..??



hYe readers..!!
sapa nak kahwin masa usia muda..??*sila angkat tangan.... k0rang mesti terfikir s0alan nie klau k0rang nak kahwin masa usia muda kan.. nak2 macam um0 h0neyz nie... eiii.... mudanya klau nak kahwin... sayang nak tamatkan usia semaja.... huhuhu...

tapi..... best ke kahwin awal nie..?? kalau dah kahwin,bleh ke nak tumpukan family dan pelajaran..?? masak p0wn xpas lg... camna nak jadi isteri dan ibu yg baik... camna nak jaga family... susah x kahwin awal nie..??  *questi0n mark yg banyak dlm kepala nie...

meh... h0neyz nak share ngan k0rang tentang artikel yg h0neyz baca kat page ISLAM UNTUK SEMUA.. InsyaAllah...b0leh menjawab semua pers0alan2 kat atas tue...

Rasulullah s.a.w bersabda :-

Tiga perkara yg jgn dilambat-lambatkan, iaitu s0lat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yg sesuai...
(H.R. Tirmidzi)

1. Kahwin waktu masih belajar, tak menggangu pelajaran ke..??

Kahwin waktu sedang belajar tidak mengganggu... kahwin awal akan lebih memberi kita semangat yg membara kerana sudah ada pasangan yg halal dan sentiasa meny0k0ng kita...
kan best klau camtu.... lagi satu 0rang yg sudah kahwin nie akan rasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin sbb mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga... Jadi, mereka akan berusaha untuk buat yg terbaik...

2. Kalau masih belajar, camna nak bagi nafkah kat isteri..??

suami b0leh je bagi nafkah hanya yg dia mampu bagi kat isteri... bergantung kpd berapa banyak isteri gunakan untk makan... lagipun isteri juga ada wang pinjaman@biasiswa sendiri... yang penting dua-dua masih dapat hidup...

Firman Allah :-

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yg s0leh dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan...
Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kpd mereka dari limpah kurnia-Nya krn Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),
lagi Maha Mengetahui...
(Surah An-Nur : 32)

3. Camna nak cari m0dal untuk majlis kahwin..??

kahwin wat simple2 je... yg asasnya ialah akad nikah dan walimatul urus... Merisik dan bertunang x wajib p0wn... s0, dah jimat k0s kat ctu... waktu akad nikah p0wn jemputlah keluarga terdekat dan kawan-kawan saja... Mas kahwin p0wn xperlu tinggi-tinggi krn sebaik-baik mahar adalah yg paling rendah... mudah saja majlis kahwin dalam agama Islam...

Sabda Rasulullah s.a.w :-

Tiga g0l0ngan yg akan selalu diberikan pert0l0ngan 0leh Allah ialah se0rang mujahid yg selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, se0rang penulis yg selaly memberi penawar dan se0rang yg menikag demi menjaga keh0rmatan dirinya...
(H.R. Thabrani)

4. Tak terlalu awal ke nak kahwin..??

Kalau rasa dgn kahwin b0leh wat semangat untk belajar semakin meningkat, kahwin larh... kalau rasa kahwin b0leh wat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin larh... kalau rasa kahwin b0leh elak drpd fitnah dan maksiat,kahwin larh... itu maksudnya kahwin mmg perlu di usia muda... kalau benda yg baik jgn di lambatkan... Tanya diri, jagalah iman...

Sabda Rasulullah s.a.w :-

Apabila datang kepadamu se0rang laki-laki untuk meminang yg engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia...
bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul ker0sakan yg merata di muka bumi...
(H.R Tirmidzi dan Ahmad)

5. Dah bersedia ke nak kahwin awal..??

Soalan nie perlu ditanya kepada diri sendiri... s0alan asas yg perlu kita tanya kpd diri sendiri jgak ialah sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? bertanggungjawab sudahkah saya? adakah saya nie panas baran atau penyabar? adakah  saya seorang yg bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? haa...jawab2... orang yg sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yg sudah berkahwin san pandai solat tapi tak amalkan lepas kahwin... orang yg bersedia mengubah dirinya adalah orang yg paling bersedia sebenarnya...
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

haaa...inilah benda yg paling susah skali bila nk kahwin awal...bet0l x??..tapi kalai kita dpt menjelaskan dengan baik kpd ibu bapa dan mereka faham, InsyaAllah xdak masalah nk kahwin awal..

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: 

Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. 
(Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat penulis untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: 

Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. 
(H.R. Bukhari dan Muslim)


**Artikel nie h0neyz c0py & paste je...h0neyz p0wn xde pengalaman lagi kahwin awal...InsyaAllah, artikel nie dapat menjadi manfaat kpd yg membaca ;-)


SaRaNghYe ;-)

c0uple tak mengapa TAPI......

Assalamualaikum...
hYe readers...
urmmm....
Entry kali nie h0neyz nak berk0ngsi ngan k0rang tentang buku yg h0neyz baru habis baca...
kalau k0rang nak tahu,
buku nie BEST SELLERS taw...
;-)
tajuk buku nie "Tentang Cinta" daripada Pahrol 
Mohd Juoi...
dalam banyak2 tajuk dari buku tue,h0neyz paling ska tajuk yg h0neyz nk k0ngsi ngan k0rang nie...
sebabnya....
ada sket2 yg berkaitan dgn h0neyz...
huhuhu...
j0m...
meh h0neyz share ngn k0rang tentang pendapat writer nie tentang berc0uple...

Menurut writer, berc0uple xsalah tapi hendaklah mengikut PERATURAN-PERATURAN yg telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t..
InsyaAllah...
Pasti tidak mendatangkan masalah...

Yakinlah dengan janji Allah dengan lidah kekasih-Nya Nabi Muhammad s.a.w :
"Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya mengikut jalan yang halal..."
[Al-Hadith]

yang penting,tanyalah hati sendiri...
"untuk apa aku berc0uple?"
Jika niatnya benar-benar suci,yakni untuk bernikah (kerana itu tuntutan Allah dan mengikut sunnah) maka peliharalah niat yang suci itu baik-baik...
jangan dicemari dengan perbuatan yang kotor dan jijik...
tetapi jika niat kita hanya untuk suka-suka.berser0n0k-ser0n0k, maka hentikanlah...
takut syaitan mencelah...
apatah lagi bagi pasangan yang sering berdua-duaan di tempat yang sunyi...

ingatlah pesan Rasulullah s.a.w :
"Tidak berdua-duaan bagi se0rang perempuan dan se0rang lelaki di tempat yang sunyi,
melainkan syaitanlah 'orang' ketiga itu..."
[Al-Hadith]

c0uple yang begini terdedah kpd keburukan sama ada yang menimpa pihak lelaki atau pihak perempuan atau kedua-duanya sekali...
kekadang, bila "madu telah diseri" kumbang p0wn terbang pergi...
atau bila datang "kumbang jati" yang lebih 'macho' bunga di taman di sambar pergi...
selalulah kita beringat,bahawa tidak ada ketenangandan kebahagiaan dengan membelakangkan hukum Tuhan...

Bagi c0uple yg benar2 serius, 
ingatlah semakin banyak kemanisan yg kita teguk dalam pergaulan bebas sebelum berkahwin, maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan itu sebagai suami isteri nanti (selepas berkahwin)...
Sebaliknya,
semakin kita dapat mengawal diri daripada melakukan sesuatu yg di larang Islam sebelum berkahwin, 
maka semakin manislah alam rumahtangga yg akan kita lalui nanti...

Jika anda benar2 sayangkan pasangan anda,
maka h0rmatilah dia...
Peliharalah dia dan perlakukanlah si dia dengan sewajarnya seperti orang yg anda sayang...
Jangan hancurkan hidup pasangan anda hanya kerana keser0n0kan yg sementara...
Jika sayangkan permata, tempatkanlah ia di bekas yg selamat,dilindungi dan dijaga...
Jangan sekali-kali didedahkan dan disepah-sepahkan...
Jangan manisnya di kecap,sepahnya dibuang..

Bagi jejaka,jagalah keh0rmatan si dia-bakal ibu bg anak anda nanti...
Sesungguhnya, hanya ibu yg baik dpt mendidik anak yg baik...


p/s : kepada yg bel0m lagi baca buku ini, cubalah baca...
k0rang pasti suka dan tertawan dgn cara penulisannya...
"Membaca Amalan Mulia..."
;-)



Bila h0neyz mula membebel :-
InsyaAllah...
h0neyz akan berusaha menjaga hubungan ini dengan sebaik-baiknya 
dan  
tidak melanggar larangan yg telah ditetapkan Allah s.w.t
.......... amin........


SaRaNghYe ;-)

Contest I'm Proud To Be A Muslimah



Assalamualaikum...
hYe...
h0neyz nak j0in c0ntest fr0m

 fiQ'Ra panCake 

due date : 14th October 2011

h0neyz nak tag :-
Haiza
Munirah
Aen


hadiah yang bakal korang dapat :-


Pertama:
x1 Long Sleeve lycra maxi dress - Anaf Marketing
x1 coklat @ 35 cavity - Coklat Manis2u
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 inner neck - Zara Hijjab

Kedua:
x1 t shirt muslimah - Iman Abdul Gallery
x1 dress - Jom Chantek Chantek
x1 tudung syria yuna - Eila Cuteness Shoppe
x1 purse - Fariza Faisal Boutique
x1 inner neck - Zara Hijjab

ketiga:
1 tudung & x1 assesories - Happy Qlasik
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 dress - Jom Chantek Chantek

keempat:
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 Dress untuk girl - Little Darlings Closet
x1 tudung - Ainz Eshop

kelima:
x1 satin shawl & x1 brooch - Nia Collections
x1 tudung - Ainz Eshop
 x1 Dress untuk girl - Little Darlings Closet

keenam:
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 shawl - Zara Hijjab

ketujuh:
x1 shawl plain - Ainoura Collections
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 shawl - Zara Hijjab

kelapan:
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 purse replika coach -  Anything Shop

kesembilan:
x1 shawl plain - Ainoura Collections
x1 coklat cadbury - Afiq

kesepuluh:
x1 satin shawl - Anything Shop



::: Ciri-Ciri Seorang Muslimah :::

bagi h0neyz,ciri-ciri muslimah macam dalam lirik lagu Puisi Muslimah Sejati nyanyian 
Kumpulan Nasyid Far-East...
j0m kita cuba hayati bait-bait lagu nie...


::: taken fr0m g0ogle :::

Yang melindungi diri dan hatinya dengan malu,
Yang melabuhkan sopannya setiap penjuru,
Yang melembutkan suara merdunya,
Yang sentiasa tabah dan cekal hatinya,
Yang tidak pernah patah semangat wajanya,
Yang memberi cinta sejagat maya,
Yang memenuhkan hati dengan keinsafan,
Yang mengosongkan kalbu dari dendam,
Yang menyemarakkan kasturi dickelopak iman…

Muslimah dilahirkan dari rusuk kiri lelaki,
Muslimah dilahirkan layak menjadi suri,
Muslimah diciptakan untuk pasangan si suami,
Muslimah diwujudkan untuk meramaikan umat Nabi…

Muslimah adalah sebahagian kurniaan Ilahi,
Muslimah adalah sebahagian keindahan duniawi,
Muslimah adalah penyeri gelap malam…

Muslimah dipandang dari peribadinya,
Yang tentunya diharap dapat melembutkan….
Hati suami dan keluarga.

Muslimah dilihat dari budi bahasanya,
Yang sepenuh hati mencurahkan khidmat murninya…

Muslimah dinilai dari kesabarannya,
Yang tahu menjaga milik dirinya,
Mengenggam iman penuh ketakwaan…

Muslimah ditinjau dari sifat keibuannya,
Yang sanggup meramaikan umat Nabi,
Bukannya mementingkan kecantika diri…

Kecantikan yang engkau perolehi milik Tuhanmu,
Perjalanan lalumu tidak akan diputar,
Sampainya waktu ketika,
Tanpa tersegera mahupun tertangguh biarpun seketika,
Ianya pasti bertandang jua,
Kerana yang berjiwa itu pasti akan merasai mati….


p/s : mendalamkan lirik lagu nie...
;-)


SaRaNghYe ;-)

Kita terg0l0ng dalam barisan yg mana??..

Asslamualaikum...
hYe..!!
hurmm...
k0rang rasa2nyalah kan, k0rang terg0l0ng dalam barisan mana di akhirat nanti??..
h0neyz p0wn xtaw nak ckp h0neyz di barisan yg mana satu...
Sem0ga kita sempat mem0h0n keampunanNya sebelum menutup mata...
InsyaAllah...
j0m...
 kita baca artikel daripada

Khairul Nazeem Ahmad

Barisan Di Akhirat


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku
mengenai 
firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian
 datang berbaris-baris"
Surah an-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan
basah pakaian dengan air mata.
Lalu menjawab:"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, 
perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,
dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN 1
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki...
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan
 dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, 
maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 2
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan...
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 3
Mereka berbentuk keldai, 
sedangkan perut mereka penuh  dengan ular dan kala jengking...
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, 
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN 4
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka...
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam  jualbeli, 
maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN 5
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai... 
Ketika itu 
Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar..."Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan  derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT,
 maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 6
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan...
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, 
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 7
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah...
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, 
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 8
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas...
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, 
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 9 
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh...
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, 
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 10
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta...
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, 
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN 11
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala,
gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, 
bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran...

"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 12
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama..
Mereka melalui titian sirat seperti kilat...
Maka,
datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik.
Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat
lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah
bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah syurga,mendapat keampunan, 
kasih sayang dan keredhaan
Allah Yang Maha Pengasih..."


Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah,
maka garanglah terhadap dirimu sendiri...
Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....
Wallahua'alam...



Bila h0neyz membebel :-
sama2lah kita mem0h0n keampunan daripadaNya...
Allah senantiasa memaafkan hamba2nya...
m0ga2 kita terg0l0ng dalan g0l0ngan barisan ke-12...
InsyaAllah...
;-)


SaRaNghYe ;-)

Zaman Batu Satu Pemb0h0ngan...!!!!


Assalamualaikum...
hYe dearest!!
k0rang mest terkejut baca title entry h0neyz nie kan...??
hmmm....
k0rang percaya x Zaman Batu...??
Zaman Mes0litik....
Zaman Paleolitik....
Zaman Ne0litik....
Zaman L0gam.....??
mstlah ada sesetengah daripada k0rang percaya kan??..
sbb kter penah blajar tentang SEJARAH nie masa sk0lah menengah...
xkan k0rang lupa k0wt??..
xcually,msa sk0lah menengah h0neyz minat sgt sbjek sejarah taw...
sbb kter b0leh taw tentang Sejarah zaman silam...
ada satu pepatah yg h0neyz xbleh lupa sampai sekarang...
h0neyz baca pepatah nie dlm buku teks f0rm bape ntah..
xingt plak...
almaklumlah...
dah lama tnggalkan zaman sk0lah...
ayatnya lebih kurang camnie...
" Jika Kita Melupakan Sejarah, Maka Kita akan Mengulanginya lagi..."
h0neyz x ingt sgt...
tp lebih kurang larh...
huhuhu...

s0,knapa h0neyz Zaman Batu Satu Pemb0h0ngan??..
padahal kita kan dah blajar tntang sejarah nie...
hmmm....
k0rang penah tgk vide0 tentang Dunia Akhir Zaman kat y0utube??..
klau k0rang x penah,meh h0neyz nak tunjukkan vide02 nie kat k0rang...

::: Dunia Akhie Zaman Part 1 :::

::: Dunia Akhir Zaman Part 2 :::

k0rang dah tgk??..
k0rang mst dah faham kan apa yg h0neyz kata??..
k0rang b0leh gak baca kisah nie kat dlm  buku yg bertajuk " ZAMAN BATU : SATU PEMBOHONGAN SEJARAH " oleh HARUN YAHYA
kalau malas @ xsempat nak gi kedai buku, k0rang bleh je d0wnl0ad buku tue kat internet...
sekarang kan zaman IT...
semua di tangan anda...
;-)
h0neyz p0wn baca buku tue kat internet je...
website dy h0neyz lupa larh...
h0neyz dah d0wnl0ad buku tue lama dah...
dah xingt...
huhuhu...


Bila h0neyz membebel :-
Selamat menghayati vide02 tue...
Renung2kan dan Selamat Beramal...
;-)



SaRaNghYe ;-)

Surah-Surah Paling Mujarab dalam Al-Quran


Assalamualaikum...
hYe!
h0neyz nak k0ngsi ngn k0rang semua tentang surah2 yg paling mujarab di dalam 
AL-QURAN..
nak taw apa surahnya??..
j0m...
baca nie...





 10 Surah Paling Mujarab 


Antaranya ialah :-

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membacaSurah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas...
Insya'Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan...
 Disarankan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
 Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu...


SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. :-
"sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati,
dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. 
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
 (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)Rasulullah s.a.w. juga bersabda : 
"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan
di dunia mahu pun akhirat...
 Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan...
 Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya..."
 (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). 
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT...


SURAH AL-DHUHAN

Di baca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar...


SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membacaSurah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, 
Insya-Allah tidak akan merasai kepapaan...
Mereka yang membacanya sebagai wirid, 
Insya-Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya...
 Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar,
Insya-Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak...
 Selepas solat Isyak, 
ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali
dan
Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali... 
Tiup dalam air dan minum... 
Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita...
 Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : 
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa...
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), 
yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya...


SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali,
 maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat...
 Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, 
Insya-Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya...


SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, 
maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, 
disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan
syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan...

(Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan
kotoran dalam diri kita...


SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah
yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya... 
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w.
"mereka yang mengamalkan membaca akan
surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya..."
 Mereka yang membacanya pada setiap malam,
Insya-Allah, akan terselamat dari azab kubur..


SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah,
antara mafhumnya :
 "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."
 Siti Aisyah lalu berkata,
 "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al- Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."
 Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut,Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab,
 "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " 
Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., 
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-
Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. 
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : 
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas...
Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat..."


SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : 
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, 
Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala..."
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia,
hendaklah membaca
Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. 
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali...


SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an...
 Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang
bermaksud manusia...
Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah...
 Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin...
 Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati...


Bila h0neyz mula membebel :-
InsyaAllah h0neyz akan amalkan surah2 nie...
sem0ga mendapat keberkatan daripadaNYA...
.....amin.....


SaRaNghYe ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT@SEGALA YG TERCATAT DI ATAS ADALAH HAK MILIK MISZ HONEYZ