Showing posts with label Fakta Menarik. Show all posts
Showing posts with label Fakta Menarik. Show all posts

Nak Kawen muda..??



hYe readers..!!
sapa nak kahwin masa usia muda..??*sila angkat tangan.... k0rang mesti terfikir s0alan nie klau k0rang nak kahwin masa usia muda kan.. nak2 macam um0 h0neyz nie... eiii.... mudanya klau nak kahwin... sayang nak tamatkan usia semaja.... huhuhu...

tapi..... best ke kahwin awal nie..?? kalau dah kahwin,bleh ke nak tumpukan family dan pelajaran..?? masak p0wn xpas lg... camna nak jadi isteri dan ibu yg baik... camna nak jaga family... susah x kahwin awal nie..??  *questi0n mark yg banyak dlm kepala nie...

meh... h0neyz nak share ngan k0rang tentang artikel yg h0neyz baca kat page ISLAM UNTUK SEMUA.. InsyaAllah...b0leh menjawab semua pers0alan2 kat atas tue...

Rasulullah s.a.w bersabda :-

Tiga perkara yg jgn dilambat-lambatkan, iaitu s0lat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yg sesuai...
(H.R. Tirmidzi)

1. Kahwin waktu masih belajar, tak menggangu pelajaran ke..??

Kahwin waktu sedang belajar tidak mengganggu... kahwin awal akan lebih memberi kita semangat yg membara kerana sudah ada pasangan yg halal dan sentiasa meny0k0ng kita...
kan best klau camtu.... lagi satu 0rang yg sudah kahwin nie akan rasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin sbb mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga... Jadi, mereka akan berusaha untuk buat yg terbaik...

2. Kalau masih belajar, camna nak bagi nafkah kat isteri..??

suami b0leh je bagi nafkah hanya yg dia mampu bagi kat isteri... bergantung kpd berapa banyak isteri gunakan untk makan... lagipun isteri juga ada wang pinjaman@biasiswa sendiri... yang penting dua-dua masih dapat hidup...

Firman Allah :-

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yg s0leh dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan...
Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kpd mereka dari limpah kurnia-Nya krn Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),
lagi Maha Mengetahui...
(Surah An-Nur : 32)

3. Camna nak cari m0dal untuk majlis kahwin..??

kahwin wat simple2 je... yg asasnya ialah akad nikah dan walimatul urus... Merisik dan bertunang x wajib p0wn... s0, dah jimat k0s kat ctu... waktu akad nikah p0wn jemputlah keluarga terdekat dan kawan-kawan saja... Mas kahwin p0wn xperlu tinggi-tinggi krn sebaik-baik mahar adalah yg paling rendah... mudah saja majlis kahwin dalam agama Islam...

Sabda Rasulullah s.a.w :-

Tiga g0l0ngan yg akan selalu diberikan pert0l0ngan 0leh Allah ialah se0rang mujahid yg selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, se0rang penulis yg selaly memberi penawar dan se0rang yg menikag demi menjaga keh0rmatan dirinya...
(H.R. Thabrani)

4. Tak terlalu awal ke nak kahwin..??

Kalau rasa dgn kahwin b0leh wat semangat untk belajar semakin meningkat, kahwin larh... kalau rasa kahwin b0leh wat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin larh... kalau rasa kahwin b0leh elak drpd fitnah dan maksiat,kahwin larh... itu maksudnya kahwin mmg perlu di usia muda... kalau benda yg baik jgn di lambatkan... Tanya diri, jagalah iman...

Sabda Rasulullah s.a.w :-

Apabila datang kepadamu se0rang laki-laki untuk meminang yg engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia...
bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul ker0sakan yg merata di muka bumi...
(H.R Tirmidzi dan Ahmad)

5. Dah bersedia ke nak kahwin awal..??

Soalan nie perlu ditanya kepada diri sendiri... s0alan asas yg perlu kita tanya kpd diri sendiri jgak ialah sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? bertanggungjawab sudahkah saya? adakah saya nie panas baran atau penyabar? adakah  saya seorang yg bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? haa...jawab2... orang yg sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yg sudah berkahwin san pandai solat tapi tak amalkan lepas kahwin... orang yg bersedia mengubah dirinya adalah orang yg paling bersedia sebenarnya...
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

haaa...inilah benda yg paling susah skali bila nk kahwin awal...bet0l x??..tapi kalai kita dpt menjelaskan dengan baik kpd ibu bapa dan mereka faham, InsyaAllah xdak masalah nk kahwin awal..

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: 

Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. 
(Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat penulis untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: 

Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. 
(H.R. Bukhari dan Muslim)


**Artikel nie h0neyz c0py & paste je...h0neyz p0wn xde pengalaman lagi kahwin awal...InsyaAllah, artikel nie dapat menjadi manfaat kpd yg membaca ;-)


SaRaNghYe ;-)

Zaman Batu Satu Pemb0h0ngan...!!!!


Assalamualaikum...
hYe dearest!!
k0rang mest terkejut baca title entry h0neyz nie kan...??
hmmm....
k0rang percaya x Zaman Batu...??
Zaman Mes0litik....
Zaman Paleolitik....
Zaman Ne0litik....
Zaman L0gam.....??
mstlah ada sesetengah daripada k0rang percaya kan??..
sbb kter penah blajar tentang SEJARAH nie masa sk0lah menengah...
xkan k0rang lupa k0wt??..
xcually,msa sk0lah menengah h0neyz minat sgt sbjek sejarah taw...
sbb kter b0leh taw tentang Sejarah zaman silam...
ada satu pepatah yg h0neyz xbleh lupa sampai sekarang...
h0neyz baca pepatah nie dlm buku teks f0rm bape ntah..
xingt plak...
almaklumlah...
dah lama tnggalkan zaman sk0lah...
ayatnya lebih kurang camnie...
" Jika Kita Melupakan Sejarah, Maka Kita akan Mengulanginya lagi..."
h0neyz x ingt sgt...
tp lebih kurang larh...
huhuhu...

s0,knapa h0neyz Zaman Batu Satu Pemb0h0ngan??..
padahal kita kan dah blajar tntang sejarah nie...
hmmm....
k0rang penah tgk vide0 tentang Dunia Akhir Zaman kat y0utube??..
klau k0rang x penah,meh h0neyz nak tunjukkan vide02 nie kat k0rang...

::: Dunia Akhie Zaman Part 1 :::

::: Dunia Akhir Zaman Part 2 :::

k0rang dah tgk??..
k0rang mst dah faham kan apa yg h0neyz kata??..
k0rang b0leh gak baca kisah nie kat dlm  buku yg bertajuk " ZAMAN BATU : SATU PEMBOHONGAN SEJARAH " oleh HARUN YAHYA
kalau malas @ xsempat nak gi kedai buku, k0rang bleh je d0wnl0ad buku tue kat internet...
sekarang kan zaman IT...
semua di tangan anda...
;-)
h0neyz p0wn baca buku tue kat internet je...
website dy h0neyz lupa larh...
h0neyz dah d0wnl0ad buku tue lama dah...
dah xingt...
huhuhu...


Bila h0neyz membebel :-
Selamat menghayati vide02 tue...
Renung2kan dan Selamat Beramal...
;-)



SaRaNghYe ;-)

Surah-Surah Paling Mujarab dalam Al-Quran


Assalamualaikum...
hYe!
h0neyz nak k0ngsi ngn k0rang semua tentang surah2 yg paling mujarab di dalam 
AL-QURAN..
nak taw apa surahnya??..
j0m...
baca nie...





 10 Surah Paling Mujarab 


Antaranya ialah :-

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membacaSurah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas...
Insya'Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan...
 Disarankan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
 Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu...


SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. :-
"sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati,
dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. 
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
 (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)Rasulullah s.a.w. juga bersabda : 
"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan
di dunia mahu pun akhirat...
 Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan...
 Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya..."
 (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). 
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT...


SURAH AL-DHUHAN

Di baca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar...


SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membacaSurah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, 
Insya-Allah tidak akan merasai kepapaan...
Mereka yang membacanya sebagai wirid, 
Insya-Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya...
 Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar,
Insya-Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak...
 Selepas solat Isyak, 
ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali
dan
Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali... 
Tiup dalam air dan minum... 
Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita...
 Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : 
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa...
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), 
yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya...


SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali,
 maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat...
 Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, 
Insya-Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya...


SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, 
maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, 
disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan
syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan...

(Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan
kotoran dalam diri kita...


SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah
yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya... 
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w.
"mereka yang mengamalkan membaca akan
surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya..."
 Mereka yang membacanya pada setiap malam,
Insya-Allah, akan terselamat dari azab kubur..


SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah,
antara mafhumnya :
 "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."
 Siti Aisyah lalu berkata,
 "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al- Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."
 Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut,Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab,
 "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " 
Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., 
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-
Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. 
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : 
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas...
Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat..."


SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : 
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, 
Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala..."
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia,
hendaklah membaca
Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. 
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali...


SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an...
 Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang
bermaksud manusia...
Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah...
 Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin...
 Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati...


Bila h0neyz mula membebel :-
InsyaAllah h0neyz akan amalkan surah2 nie...
sem0ga mendapat keberkatan daripadaNYA...
.....amin.....


SaRaNghYe ;-)

10 Petanda yang Menunjukkan DIA adalah Jodoh Kita


Assalamualaikum...
hYe readers...
h0neyz nak berk0ngsi artikel ngn k0rang...
credit fr0m


www.iluvislam.com


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" 
(Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa.
Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
 Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.
Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon.
Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.
Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita.
Semakin hari semakin sayang kepadanya.
Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
 Dia juga merasainya.
Rasa senang sekali apabila bersama.
Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
 Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.
Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
 Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya.
Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama.
 Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
 Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan.
 Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. 
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. 
Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. 
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
 Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita.
 Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. 
Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. 
Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
 Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? 
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
 Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. 
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. 
Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. 
Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. 
Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. 
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. 
Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. 
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. 
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
 Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya.
 Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. 
Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. 
Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. 
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu.
 Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. 
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. 
Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. 
Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. 
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. 
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. 
Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. 
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. 
Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. 
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. 
Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. 
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. 
Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. 
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. 
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. 
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. 
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? 
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. 
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. 
Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. 
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
 Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. 
Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. 
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. 
Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. 
Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


SaRaNghYe ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT@SEGALA YG TERCATAT DI ATAS ADALAH HAK MILIK MISZ HONEYZ